Sunday, May 11, 2008

DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT

1. Dalil Al Quran


Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafa ur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal,
Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]

Ketakutan Barat Terhadap Tegaknya Khilafah Semakin Nyata

Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat(2000 – 2009), George W। Bush kembali menyerang idea Khilafah. Bush berjanji untuk menentang habis-habisan kepada siapa sahaja yang mencuba untuk mengembalikan Khilafah. Dia menganggap ianya adalah sebahagian daripada kempen war on terror. Pernyataan Bush tersebut adalah merupakan respon pertama darinya selepas Khilafah Konferens yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir. Antara pemimpin barat yang turut memberikan komen berkenaan pergerakan mengembalikan khilafah ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dimana Sarkozy mengaitkan aktiviti pengembalikan khilafah dengan sebahagian dari aktiviti Al-Qaeda.Pada pernyataan Bush di American Legion Convention pada 28 Ogos 2007, Bush mengaitkan aktiviti-aktiviti untuk menegakkan semula Khilafah sebagai sebahagian dari aktiviti terorrisme.

"Dan kemudian pemikiran musuh, mengakui bahawa sebuah masyarakat bebas di timur tengah akan menjadi serangan utama untuk cita-cita mereka untuk menyebarkan khilafah di seluruh Timur Tengah, cubaan untuk membuat keganasan agama. Mereka membunuh mereka yang tak berdosa yang menyebabkan masyarakat ragu terhadap pemerintah dan sekutunya.

"("And then the thinking enemy, recognizing that a free society in the Middle East would be a major blow to their ambitions to spread their caliphate throughout the Middle East , tried to create sectarian violence. They murdered the innocent in order to cause people to doubt government and doubt the coalition.")

"Para ekstrimis ini berharap untuk menentukan visi gelap yang sama merentasi Timur Tengah dengan menggunakan kekerasan dan khilafah radikal yang terbentang dari Sepanyol hingga ke Indonesia ."("These extremists hope to impose that same dark vision across the Middle East by rising up a violent and radical caliphate that spans from Spain to Indonesia .")

Daripada ucapan yang dikeluarkan dari mulut-mulut pemimpin barat ini jelaslah kegerunan yang tersimpan didalam diri mereka terhadap negara Khilafah yang pasti akan muncul dengan izin Allah. Jika dulu ungkapan seperti Caliphate (Khilafah) dan Caliph (Khalifah) amat sukar untuk mereka ungkapkan dari mulut mereka sendiri kerana bimbangnya dengan sentimen kebangkitan istalah itu, namun kini situasinya tidak lagi. Ungkapan Khilafah dan Khalifah mukhtahir kini sering muncul dari ucapan mereka, namun didalam konotasi yang negatif, didalam usaha untuk mengelirukan dan menyerang pemikiran umat Islam dan dunia.

Ini kerana barat telah menyedari usaha mereka untuk membius umat islam dari terus melupakan Khilafah di dalam diri mereka terbukti sia-sia. Seruan umat Islam di seluruh dunia terus kuat bergema dari hari ke hari untuk mengembalikan semula Khilafah. Kini barat menggunakan taktik dengan mengaitkan usaha menegakkan Khilafah sebagai aktiviti eksremis dan mempunyai hubungkait dengan aktiviti Al-Qaeda. Panggilan gerakan Islam terhadap umat Islam seluruh dunia untuk menegakkan kembali khilafah ini benar-benar membimbangkan pihak barat. Mereka cuba melakukan perancangan-perancangan untuk mengaitkan perjuangan menegakkan Khilafah dengan kekerasan, namun itu juga adalah perkara sia-sia kerana umat Islam menyedari hal ini dan ketakutan serta kebencian mereka terhadap Islam benar-benar terserlah melalui ucapan dari mulut-mulut mereka dan lebih dari itu.

“Wahai orangorang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti...” [TMQ Al-Hujurat (49):6]

“Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118]

Laungan mengembalikan Khilafah semakin nyaring kedengaran di kalangan umat Islam, pada 12hb Ogos 2007 yang lepas, lebih 100 000 umat Islam telah berkumpul di Indonesia untuk menyeru ke arah penegakkan kembali Khilafah anjuran Hizbut Tahrir, juga termasuk dinegara-negara lain seperti Malaysia, Palestin, Sudan dan lain-lain. Meskipun pihak barat merancang dan mengatur seruan yang menyesatkan ini dengan segala cara, namun apa yang mereka usahakan ini dengan izin Allah tidak akan tercapai.

“Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap॥”. [TMQ Surah al-Anbiya’ (21):18].

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, namun Allah tetapmenyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci” [TMQ ash-Shaff : 8]

Wallahu’alam.

Sumber: www.mykhilafah.com